
Sulit
3 tahun
Lama tidak datang haid dan keluar keputihan berwarna coklat pudar
hi doc. saya wanita berumur 19 tahun.
untuk pgetahuan doc, saya dah tak lama datang haid. last saya period bulan 3. bulan seterusnya sehingga sekarang tidak datang2 lagi. baru-baru ni saya rasa sakit bahagian bawah perut saya dan sakit pada bahagian faraj. dan tadi keluar keputihan berwarna coklat yang sangat pudar seperti warna nude. saya ragu2 adakah itu darah haid atau sebaliknya. dan dah 2 jam saya tunggu darah haid merah keluar sbb sakit bahagian perut dan faraj ni doc. mohon penerangan

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kitaran haid tidak teratur dan haid keputihan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah keputihan dalam haid boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- kesan sampingan kontrasepsi
- ovulasi
- kista ovari
- PCOS
- kehamilan ektopik
- endometriosis
- kanser serviks
Selain itu, haid tidak teratur anda mungkin kerana gangguan emosi, stress dan beberapa perkara yang boleh berkait dengan keputihan haid anda. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan