
Sulit
3 tahun
Lama tidak datang period
Saya akan masuk 50thn pd bulan 8 ini. Period sy mula tidak datang pada bln 4 hingga sekarang. Apakah puncanya? Adakah disebabkan pengambilan ubat kolestrol? Adakah bahaya kpd kesihatan? Kadang2 ada rasa berdenyut pd bhg ari-ari.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Soalan anda adalah berkenaan dengan maslah tidak datang haid selama 4 bulan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 4 bulan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- tekanan emosi
- masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- masalah polycystic ovarian syndrome
- masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks.
Selain itu, gejala denyutan di bahagian di ari-ari boleh disebbakan beberapa perkara seperti:
- penyakit keradangan pelvik
- appendisitis kronik
- sembelit
- ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim
Seharusnya, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.