Sulit
6 tahun
Lambat datang haid dan mengalami sakit2 pada bawah perut?
Selamat tenghari doktor.saya erra.Saya sudah tidak datang haid hampir 2 bulan doktor…dulu saya normal haid nak dikatakan setiap bulan saya haid…tapi sejak kebelakangan ini saya mengalami jarang datang bulan hampir 2 bulan sudah…kadang2 saya mengalami kram pada bahagian bawah perut iaitu pada rahim…kadang2 saya sembelit dan cirit-birit.punggung dan belakang saya terasa sakit doktor…pasal makan itu saya kuat makan dan demam tu pun saya tak mengalami seperti itu…boleh doktor bantu sya apa masalah yang saya hadapi doktor?.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan pengambilan pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























