
Sulit
3 tahun
Lambat datang perood
Tarikh mula period sy bln lepas ada 13hb april …utk bulan nie sampai ke harini sy masih blom dtg period .dah 2 kali sy buat ujian kehamilan tp reslut ya negative…sy ada mkn ubat turun period tp harini dah masuk hari ke3 darah belum keluar lagi. Adakah sy mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami bahawa anda risau akan kehamilan berikutan haid yang lewat pada bulan ini. Tambahan pula, sudah hari ketiga setelah anda mengambil ubat turun darah tetapi masih belum datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian kehamilan boleh memberikan hasil negatif sekiranya dilakukan terlalu awal, hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing atau masalah teknik semasa membuat ujian. Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat. Terutama sekali, jika anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, kembung perut serta perubahan mood.
Bagaimanapun, secara amnya, gejala lewat haid juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain kehamilan, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Akan tetapi, ia juga boleh berpunca atas beberapa faktor kesihatan yang lebih serius , seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berkenaan dengan ubat turun darah, sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum pengambilan supaya mengelak sebarang komplikasi lain.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenalpasti punca masalah haid yang anda alami agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Ginekologi