Sulit
2 tahun
Lambat ereksi dan mudah lembik
Saya baru berumur 25 tahun ,Sebelum ni saya kerap menggunakan tisu magic , tp skarang sy dapati zakar sy mula susah untuk tegang , dan terlalu cepat lembik . ada apa2 cara semula jadi untuk atasinya tak?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah zakar yang susah untuk menegang dan terlalu cepat lembik. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keadaan yang sedang anda lalui lebih dikenali sebagai mati pucuk atau lemah tenaga batin. Keadaan ini boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:
- Ketidakstabilan emosi (stress)
- Pengaruh ubat-ubatan
- Ketagihan merokok
- Penyalahgunaan dadah
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit jantung
- Kerap beronani
- Makanan yang tidak seimbang
- Kurang bersenam
Anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk mengembalikan kesihatan seksual anda:
- Bersenam
- Berhenti merokok
- Makan makanan yang seimbang
- Mengawal emosi
Namun, sekiranya perkara di atas tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah