
Sulit
4 tahun
Lambat mulakan pek baru
sta mengamalkan perancang jenis mercilon…swpatutnya mulakan pek yg bru pda hari ke 8…tp yg telah mulakan pil pada hari ke 11…selepas rehat 7 hari…adakh risiko utk hamil…krrna sya ada melakukan hubungan intim dgn suami…dn suami membuang di dlm…selepad 3 hari memulakan pil

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan pil perancang Mercilon yang lambat dimulakan setelah selesai menggunakan pek sebelumnya. Untuk makluman anda, pil perancang Mercilon disediakan dengan 21 biji pil per satu pek untuk dimakan setiap hari dan satu pek dihabiskan pada satu bulan. Bermakna, anda harus mengambil 21 biji ubat untuk setiap hari dan kemudian anda tidak perlu mengambil ubat selama 7 baki hari seterusnya. Purata satu kitaran haid yang lengkap adalah selama 28 hari.
Pastikan anda merancang keluarga anda dengan betul bagi kebahagian rumah tangga
Sekiranya anda tertinggal mengambil ubat lebih daripada 1 hari daripada strip (pek baru) minggu pertama (1-7 hari) dan melakukan seks pada minggu yang sama, kemungkinan untuk mengandung adalah tinggi. Kami nasihatkan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan penyelesaian masalah yang sesuai bagi masalah ini.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.