
Sulit
3 tahun
Lambat period 1 tahun 8 bulan
Saya wanita berusia 22tahun . Saya bersalin secara czer . Anak Saya berusia 1 tahun 8 bulan Dan masih menyusu badan . Sejak bersalin Saya Tak datang period . Adakah itu normal ?. Kerana sejak kebelkangan ini Saya sering sakit di bahgian ari-ari.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah belum datang haid dan kesakitan di bahagian ari-ari. Kami akan cuba membantu anda.
Waktu haid setelah bersalin akan berbeza-beza tiap ibu. Banyak faktor yang mempengaruhi hal ini, seperti tubuh ibu dan bagaimana ibu menyusui bayinya.
Jika anda menyusui bayi anda secara ekslusif, haid pertama anda mungkin akan terjadi dalam waktu lebih lambat sejak anda melahirkan, boleh sampai 6 bulan. Terlebih jika bayi anda rajin menyusu pagi dan malam hari, serta susu anda keluar dengan lancar.
Selain itu, terdapat beberapa punca yang boleh menyumbang kepada kesakitan di bahagian ari-ari anda. Antaranya ialah:
- Senggugut
- Masalah di rahim atau serviks
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan salur kencing
- Sembelit
- Saluran kencing tersumbat
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan