Anonymous
6 tahun
Lambat period selepas makan postinor2
doktor bulan lepas saya ada lakukan hubungan intim , kemudian beberapa hari saya dtg bulan . kemudian bulan ini saya check pregnancy test negative. selepas itu berhubungan lagi dengan pasangan saya dan terus mengambil postinor 2 sebelum 72 jam . tapi sudah 2 hari haid saya datang lambat . kenapa ya ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pil Postinor 2 ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambil Postinor 2, ia akan menggangu kitaran haid Puan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih


































