
Sulit
4 tahun
Langkah pencegahan batu karang
Salam sejahtera. Adakah dibolehkan seseorang itu mengambil ubat Utix Effervescent Granules sebagai langkah pencegahan batu karang ? Apakah kesan sampingan daripada ubat tersebut ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat UTIX biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Kencing kotor
- Kencing sakit
- Ubat pendamping antibiotik
- Gout: ubat ini mengeluarkan uric acid daripada tubuh agar tidak berkumpul menjadi gout
- Batu buah pinggan / batu karang
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- Alkalosis atau hipernatremia
- Cirit birit
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.