
Sulit
4 tahun
Langkah Tambahan untuk rawat kurap
Dr terima kasih atas jawapan sebelum ini. Saya nak tanya boleh tak kalau saya gunakan sabun sulfur atau sabun anti kulat sebagai sabun mandi dan lepas mandi saya guna losyen nivea mengandungi vitamin c untuk bagi kulit lembab sebelum gunakan ubat sapu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami sekali lagi.
Untuk makluman anda, anda boleh menggunakan sabun anti-kulat tetapi anda perlu mengikut preskripsi yang telah diberikan oleh doktor atau pegawai farmasi kerana sabun itu merupakan ubat dan mempunyai kesan sampingan jika dipakai tidak mengikut preskripsi yang telah diberi.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk selepas mandi pula, kami sarankan anda menggunakan ubat sapu terlebih dahulu. Kami tidak pasti kandungan lain yang terdapat dalam losyen tersebut kerana kami bimbang terdapat kandungan yang terdapat dalam losyen tersebut yang boleh membuat keadaan kulit anda semakin teruk.
Ini hanyalah jawapan kami secara am dan anda perlu diperiksa oleh doktor untuk rawatan yang sepatutnya. Jika anda mempunyai persoalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada doktor kami yang bertauliah secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.