
Anonymous
6 tahun
Last period 13/12/2018
Saya lewat haid bulan ni , saya check ujian upt pun -ve , saya ade buat hubungan seks 12/1 dan 14/1 tapi suami saya tidak membuat internal ejaculate so saya pelik kenapa masih tidak datang haid dan upt check pun negative , saya pun tiada tanda kehamilan apa apa. Boleh kah saya consume pil norcutin di farmasi adakah ia akan boleh menyebabkan haid yang lewat ini datang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Haid lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara lain selain kehamilan. Salah satu penyebabnya ialah hormon yang mengawal kitaran haid tidak seimbang. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya ialah:
- Tekanan emosi
- Aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Kalenjar tiriod atau pituitary bermasalah
Ia juga boleh disebabkan oleh masalah struktur rahim, cerviks atau ovari.
Permasalahan ini haruslah diselidik dengan lebih lanjut melalui maklumat lebih mendalam dan pemeriksaan atau menjalani ujian tertentu. Walaupun pil norcutin boleh membantu dalam merawat masalah haid lewat, anda perlu berbincang dengan doktor sebelum mengambilnya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan rundingan lanjut tentang masalah anda. Terima kasih.