
Sulit
4 tahun
Lebam dan gatal2 pada kulit dan bibir
Saya mengalamai gatal2 dan lebam pada kulit. Lebam pasa belakang peha kiri dan perut kiri bahagian tepi. Kesan Lebam sudah lama dan tidak hilang. Apabila badan jadi gatal2, bahagian lebam ini akan jadi merah kemerahan dan rasa sangat gatal tapi bila digaru pedih. Bahagian lain yang akan gatal2 ialah antara jari kaki dan antara jari tangan. Bibir juga turut rasa gatal2 dan after some time akan mengering dan mengecut selepas tu akan mengelupas dan gatal2 akan beransur hilang. Apabila kene perkara seperti ini. Selalunya akan berakhir selepas 2-3 minggu.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan kepada ubat-ubatan
- Ekzema
- Angioedema (bengkak pada lapisan tisu bawa kulit)
- Keradangan pada kulit ( cellulitis )
- Sengatan serangga
- Hives - adalah keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.