
Sulit
5 tahun
Lebih 14 hari batuk & sakit tekak
Saya berumur 40 thn. Saya telah lebih dari 14 hari batuk & sakit tekak. Setahu sy covid cuma bertahan 14 hari dlm badan kita. Klu lebih 14 hari bleh ada covid juga ke? Maafsaya begitu gelisah dgn keadaan sy.membuat kan saya x bleh tidor & makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Kefahaman anda tentang virus ini adalah tidak benar. Virus ini tiada jangka masa yang tetap untuk hidup dalam badan anda. Mungkin anda terkeliru dengan tempoh masa pengeraman virus ini. Tempoh pengeraman bermaksud jangka masa seorang terdedah kepada virus sehinggalah menunjukkan simptom. Tempoh pengeraman Coronavirus adalah dalam jangka masa 2 hingga 14 hari.
Saya memahami kebimbangan anda berkenaan simptom batuk dan sakit tekak berpanjangan anda. Namun begitu, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan COVID-19 atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seprerti berikut.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Selain COVID-19, masalah kesihatan anda boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Radang tonsil
- Trauma pada tekak akibat batuk terlalu kuat
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini