
ilahh2020
4 tahun
Leher sebelah kanan bengkak
Salam Doktor saya berumur 41thn. Leher saya bengkak sebelah kanan…sudah buat ultrasound di mana saiz cust dalm 4.4cm saya berada dlm kategori pertengahan.samada cyst atau malignant. Sudah buat bil sample tapi tidak dpt kesan apa apa dan alan menjalani ultrasoumd with needle. Saya tiada tanda sakit dan ujian darah untuk tiroid adalah normal
Doktor syal goiter bengkak dn cyst shj… Kalau saya nak buat pembedahan untuk menghilangkan bengkak tersebut dgn melalui teknik baru iaitu melalui pembedahan dengan robotic da vinci. Apa pendapat doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Merujuk kepada benjolan, anda tidak perlu khuatir. Sebaiknya anda mematuhi nasihat doktor. Bagi mengetahui status malignan atau benign, ia biasanya adalah dari sampel yang diambil dari pembedahan dan evaluasi lanjut benjolan tersebut. Justeru, silakan untuk berbincang lanjut dengan doktor anda.
Untuk info dan keterangan lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.