
Sulit
4 tahun
Lekukan di bahagian atas kepala
Saya seorang perempuan berumur 19 tahun mendapati terdapat satu lekukan di bahagian atas,tengah, sedikit belakang di kepala. Adakah itu ubun ketika bayi? Atau apakah kemungkinan lekukan ke dalam di bahagian kepala saya? Terimakasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun begitu, masalah anda perlu diperiksa dengan lebih mendalam seperti ujian secara fizikal. Disebabkan kekurangan maklumat, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Justeru, untuk makluman anda, secara umum, ubun-ubun bayi secara normalnya telah menutup ketika manusia berusia sekitar 6-18 bulan. Lekukan di bahagian kepala anda mungkin dimasudkan dengan struktur tulang tengkorak kepala anda. Sekiranya ia tidak menyebabkan kesakitan, ianya adalah tidak berbahaya dan anda tidak perlu risau. Namun, sekiranya anda mengalami gejala seperti sakit kepala yang terlalu berat, mual muntah, rasa hendak pitam ataupun gangguan penglihatan, anda disyorkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut. Hal ini kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih