Sulit
4 tahun
Lekukan di bahagian atas tengah kepala
Saya seorang perempuan berumur 19 tahun mendapati terdapat satu lekukan di bahagian atas,tengah,sedikit belakang di kepala.Apakah kemungkinan lekukan ke dalam di bahagian atas kepala saya dan adakah perlu memdapatkan rawatan? Terimakasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan yang anda alami. Namun, maklumat yang diberi tidak cukup untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.


































