Sulit

3 tahun

Lelaki berumur 22 tahun yang ingin membesarkan suara kerana mempunyai suara yang kecil seperti perepuan ataupun seperti belum mengalami fasa akhil baligh

Hai doktor.
Saya nak tanya apakah masalah untuk lelaki yang sudh mencapai umur dewasa untuk tidak mengalami perubahan suara.Apakah puncanya.

Dan bagaimanakah solusinya menurut doktor.Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Keadaan ini berlaku apabila seorang lelaki dewasa mengalami perubahan fizikal semasa proses akil baligh, tetapi tidak kepada suaranya.

Bagi mereka yang tidak mengalami perubahan suara semasa proses kematangan ini, mereka sebenarnya mengalami masalah suara yang dikenali sebagai puberphonia.

Kenapakah puberphonia berlaku?

Terdapat banyak teori yang dibincangkan mengenai faktor penyebab puberphonia. Antaranya ialah faktor fizikal yang boleh menyebabkan nada suara menjadi tinggi dan faktor psikologi:

Faktor fizikal * Masalah berkaitan saraf seperti masalah pendengaran dan pita suara lumpuh

  • Masalah berkaitan struktur pita suara seperti nodule atau polyp pada pita suara
    Faktor psikologi * Perubahan suara yang berkaitan dengan proses akil baligh dikatakan mungkin menimbulkan perasaan malu, oleh itu pesakit tanpa sedar terus mengekalkan suara bernada tinggi seperti kanak-kanak walaupun terdapat perubahan dari segi struktur peti suara

Diagnosis

Pemeriksaan awal

  • Pemeriksaan awal bagi mereka yang mengalami puberphonia dijalankan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan bagi memastikan tiada kelainan atau kecacatan pada struktur berkaitan penghasilan suara, terutamanya pada pita suara pesakit.
  • Pemeriksaan pita suara boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa cara, antaranya pemeriksaan menggunakan trans-nasal endoscopy .
  • Kemudian, rujukan dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan).

Pemeriksaan lanjut

  • Siapakah Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)?

    • Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) merupakan pegawai yang terlibat dan dilatih secara khusus bagi mengendalikan masalah berkaitan bahasa, pertuturan, suara, resonan dan penelanan bagi setiap peringkat umur.
    • Secara amnya, profesyen ini lebih dikenali sebagai Terapis pertuturan atau Speech Therapist. Perkhidmatan ini selalunya adalah sebahagian daripada Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (THT) atau di Jabatan Perubatan Rehabilitasi di Hospital-Hospital Kerajaan atau swasta.
  • Pemeriksaan klinikal yang dilakukan adalah seperti:-

    • Mengukur nada suara pesakit dengan menggunakan peralatan khusus ,atau hanya menggunakan pemeriksaan secara persepsi ( perceptual assessment ).
    • Pemeriksaan menyeluruh mengenai penggunaan suara, dan persepsi pesakit terhadap masalah yang dihadapi.
    • Pegawai juga akan meneliti faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku, dan juga mengenalpasti faktor lain yang mungkin akan mempengaruhi keberkesanan terapi.

Rawatan

Jenis rawatan bagi puberphonia boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu, rawatan bukan perubatan dan rawatan perubatan.

Rawatan bukan perubatan

Rawatan ini dijalankan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam rawatan yang dikenali sebagai terapi suara ( voice therapy ).

Terapi suara:

  • Melalui terapi ini, pesakit akan dibantu untuk:

    • Memahami apa dan bagaimana pita suara berfungsi
    • Menilai kualiti nada suara yang dihasilkan
    • Menetapkan kualiti nada suara yang ingin dicapai selepas terapi.
  • Terapi ini mungkin melibatkan penggunaan alatan biofeedback bagi membolehkan pesakit memantau perubahan nada bunyi secara visual dan tepat.

  • Walau apa pun kaedah yang digunakan, matlamat akhir terapi adalah untuk menurunkan nada suara pesakit agar kualiti suara ‘lelaki’ dapat diperolehi, untuk digunakan dalam perbualan harian pesakit.

Rawatan perubatan

Rawatan perubatan mestilah dilakukan oleh pegawai perubatan terlatih/ pakar perubatan. Dua jenis rawatan perubatan yang digunakan adalah melalui suntikan botox dan pembedahan . Kaedah rawatan perubatan ini hanya akan dijalankan apabila terapi suara didapati gagal membantu pesakit

Suntikan botox

  • Suntikan botox dijalankan dengan menyuntik botox kepada otot tertentu mengikut dos dan kekerapan tertentu bagi membantu relaksasi otot berkaitan.

Pembedahan

  • Rawatan pembedahan mungkin dilakukan setelah semua kaedah rawatan lain gagal. Pembedahan ini dikenali sebagai Isshiki type III relaxation thyroplasty dilakukan bertujuan merendahkan nada suara pesakit dengan mengurangkan kepanjangan peti suara.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Kami juga memerlukan maklumat tambahan untuk membuat rumusan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

general

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)