
Sulit
3 tahun
Lemah badan dan mengigil
Sy wnita 23 , sy lemah badan tpi benda ni bkn sllu tp kerap berulang.sy lmh bdn dan perut rasa megeras dan kembung lps tu berpeluh2. Kadang sampai mengigil bdn sy…kdg kena time petang kdg tengahari walaupun sy bru lps mkn kena mcm tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah lemah tubuh badan dan perut mengeras disertai dengan gejala menggigil, berpeluh-peluh dan pening kepala. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Cuaca atau persekitaran yang sejuk
- Kurang rehat
- Kurang gula di dalam badan
- Masalah angin
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan tibi
- Masalah hormon tiroid terlebih (hipertiroid)
- Leukemia (kanser darah putih)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Gangguan metabolisme atau homeostasis tubuh
- Tekanan darah tinggi
- Glaukoma mata
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan menentukan sama ada ujian tiroid diperlukan ataupun tidak…
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.