Sulit
4 tahun
Lemah badan, tidak bertenaga, cepat penat
Saya wanita 38 tahun ada sejarah asma sekarang tidak bekerja. Seminggu ini saya rasa badan terlalu lemah dan tidak bertenaga buatkan saya rasa nak baring sahaja. Naik turun tangga (rumah 2 tingkat) buatkn oksigen level drop 94 -91. Penglihatan rasa kabur, rasa dahaga, kepala rasa berat dan penat bila bercakap. Harap doktor boleh bantu masalah yang saya hadapi ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kawalan asma kurang memuaskan
- Jangkitan pada sistem penafasan
- Keradangan pada sistem penafasan
- Parut paru-paru
- Penyakit jantung Iskemia
- Kelemahan jantung
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.



































