
Sulit
3 tahun
Lemah dalam tenaga dalaman sewaktu bersama
Saya Lelaki 20"an, lemah dalam tenaga batin. Ingin tahu punca

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui punca lemah tenaga batin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
Akan tetapi, ia juga boleh diakibatkan oleh beberapa faktor yang memerlukan pemerhatian daripada doktor, seperti:
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor bertauliah kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang bertauliah