
Sulit
4 tahun
Lemah dan kerap loya
Wanita berumur 20 tahun belum berkawin. sya selalu rasa loya, mual tanpa hala tuju.
kalau nak kata angin, takkan hari hari angin.
kadang waktu perut kenyang pun rasa mual jugak.
selalu orang rasa loya sebab perut kosong tak makan. ini sya baru makan pun rasa loya.
lemah dan letih tu boleh kata hari hari.
bangun pagi letih, balik kerja letih, tengah lepak tengok tv pun rasa letih. Sya dah berjumpa dengan dokter tetapi tiada apa2…dia kata sya cuma angin…sya aktif sukan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, mual atau loya boleh berpunca dari pelbagai sebab. Sebilangan orang sangat sensitif terhadap pergerakan atau makanan tertentu, ubat-ubatan, atau kesan keadaan ubatan tertentu. Semua perkara ini boleh menyebabkan loya. Penyebab loya yang biasa adalah:
- Penyakit refluks (GERD)
- Jangkitan kuman dalam perut boleh menyebabkan loya
- Ubat ubatan
- Pemakanan yang berlebihan atau makanan tertentu seperti makanan pedas
Antara tips yang anda boleh lakukan adalah:
- Elakkan perkara yang boleh menyebabkan anda loya
- Meditasi
- Banyakkan minum air
- Letakkan pad sejuk ke bahagian leher jika loya
- Buka tingkap atau duduk di hadapan kipas ketika loya
Rasa lemah dan letih pula boleh berlaku disebabkan beberapa perkara, seperti:
- Anemia - kurang sel darah merah akibat kurang zat besi, asid folic serta vitamin
- Kesan kurang berat - ia akan mengganggu kitaran hormon termasuklah insulin (hormon yang mengawal gula)
- Jangkitan kuman - seperti tibi yang juga boleh merebak ke tulang belakang
- Penyakit tiroid
- Ketumbuhan - seperti kanser tulang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.