
Anonymous
5 tahun
Lemah,demam,sakit badan, sakit kepala
Saya seorang yang obesity. Saya Jarang sekali dapat demam… Tapi once kalau dapat, badan saya sakit2… Bisa2… Batuk dan selsema sekali… Kepala saya terlalu sakit. Tapi bila pergi ke klinik… Mereka kata SAYA TIDAK DEMAM. BP saya normal. Sedangkan… Saya rasa betul betul tidak sihat. So kenapa boleh jadi mcm tu ye doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Keluhan anda tentang demam boleh jadi bersifat subjektif. Hal ini adalah kerana demam diukur berdasarkan suhu tubuh anda. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃. Seandainya anda masih berasa demam,sebaiknya anda melakukan kunjungan semula ke doktor dan berbincang tentang keluhan anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih