
syedalwi5053
5 tahun
Lemah tenaga batin disebabkan diabetis
saya mengalami diabetis, darah tinggi dan jantung l/kurang 5/6 tahun berlalu dan saya seorg perokok tegar berumur 60 tahun, mempunyai dua org isteri yg no 2 baru berumur 32 tahun blum ada ansk lagi, masalah zakar tak tegang lemah, apa kah yg perlu saya buat Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Erection atau tegang terjadi apabila rangsangan seksual menyebabkan saraf penis menghantar isyarat kepada otot untuk relaks dan saluran darah untuk mengembang diisi darah. Darah kemudian terperangkap dibawah tekanan tinggi menyebabkan satu situasi yang dikenali sebagai tegang.
Diabetes pula adalah kondisi yang mana kandungan gula dalam darah adalah sangat tinggi. Faktor risiko kejadian diabetes boleh jadi genetik, usia, gaya hidup dan lain-lain. Kandungan gula darah tinggi yang tidak terkontrol dapat menyebabkan kerosakan pada sel-sel saraf dan saluran darah.
Untuk makluman pihak tuan, diabetes yang tidak terkontrol boleh menyebabkan banyak komplikasi dari yang sederhana sehingga yang membahayakan nyawa. Nasihat saya adalah kepada tuan untuk mendapatkan nasihat doktor dan berbincang cara untuk kontrol kadar gula dalam darah. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah diabetes terkontrol.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.