
alfakir
5 tahun
Lemah tenaga batin,mati pucuk
Lemah tenaga batin
Nak guna ubat untuk mati pucuk,lemah cepat pancut…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Mati pucuk dan ejakulasi pra-matang adalah dua kondisi yang berbeza serta memerlukan rawatan yang berbeza. Namun kedua-dua kondisi ini juga boleh ditangani dengan beberapa langkah mudah seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Perbanyakkan “foreplay”
- Ubat sapuan untuk ejakulasi pra-matang manakala ubat pil untuk mati pucuk
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.