
Sulit
3 tahun
Lemah tenaga batin,mudah lembik,tiada rangsangan
Saya sudah berkahwin 3tahun saya belum mempunyai anak, disebabkan lemah tenaga batin mudah pancut dan setelah pancut terus lembik,dan terus Kecewa… tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Stres dan tekanan emosi
- Terlalu gelojoh
- Ejakulasi pramatang
- Masalah kemurungan (depression)
- Masalah kebimbangan atau keresahan (anxiety)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda dalam usaha menyelesaikan masalah yang dialami oleh anda.
Anda juga boleh melakukan beberapa perkara ini sebagai usaha untuk membantu anda dalam menangani masalah yang dihadapi:
- Memanjangkan tempoh pemanas badan (foreplay)
- Berbincang dengan pasangan tentang masalah dan keinginan anda
- Pastikan anda dan pasangan anda selesa semasa hubungan intim berlangsung
- Menggunakan alat bantuan
- Berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan atau perubatan keluarga untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan rawatan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.