
Anonymous
6 tahun
Lemah tenaga batin,tidak cukup tegang. Pancutan pramatang
Saya berumur 58 tahun. Mengidap darahtinggi pada umur 56 mula makan ubat. Umur 57 mengidap diabetes dan kolestrool. Sekarang zakar saya lambat tegang, bila tegang tidak cukup keras. Tidak mampu untuk masuk ke faraj. Apakah rawatan yg ada?

6 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung - Diabetes
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.