
Sulit
4 tahun
Lendir ada darah seminggu sebelum datang haud
Saya perasan sejak 2 3 bulan seminggu sebelum period sy akan ade lendir tp ade mcm darah dlm tu. Adekah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keputihan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman atau STI ( sexual transmitted infections ) pada faraj wanita
- Jangkitan kulat
- Jangkitan HPV
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
- Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk makluman anda, Selalunya, keputihan ini adalah perkara yang normal terjadi pada wanita ketika kedatangan haid. Namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Keputihan ini boleh diklasifikasi kepada dua, iaitu keputihan fisiologi dan juga keputihan patologik.
Keputihan fisiologi bermaksud ia adalah keputihan yang normal. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
Sekiranya masalah keputihan anda berlanjutan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.