
Anonymous
5 tahun
Lendir coklat bercampur darah
Saya adalah wanita berumur 39 tahun.ini kali ke 2 saya mengalami masalah keluar lendir coklat bercampur darah.dan lendir yang keluar bertali…lendir ini keluar ada hari ke 15 selepas period…adakah ini sejenis penyakit yang serius.mohon pencerahan doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, cecair coklat tersebut boleh keluar disebabkan oleh beberapa perkara :
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.