
wnorazlina83
5 tahun
Lendir coklat di awal kehamilan
saya berusia 35tahun…pada 21/5 adalah tarikh yang sepatutnya sya period, dan pada hari tersebut saya cek upt +ve…
pada 23/5 sehingga sekarang ada keluar lendir coklat dan kadangkala merah hanya sedikit…pada 23/5 juga saya ada menjalankan ujian bhcg,dan bacaanya adalah 241.7mIU/mL,dan pda hari ini sekali lg saya menjalankan ujian bhcg, dan bacaanya adalah 372.7mIU/mL…persoalannya adakah normal trend bacaan tersebut ataupun ancaman keguguran… sbb sblm ni sya dh 3x keguguran

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, bhcg adalah sejenis hormon yang terdapat dalam darah. Paras hormon ini digunakan bagi pelbagai tujuan dan antaranya adalah bagi mengesahkan kehamilan dan memantau perkembangan janin.
Paras bhcg meningkat selari dengan perkembangan bayi dalam rahim. Langkah utama yang perlu puan lakukan setelah mendapati ujian upt positif adalah dengan mengesahkan kehamilan di mana-mana klinik atau hospital.
Imbasan bagi mengesahkan usia kandungan akan turut dilakukan dan puan akan diberikan buku bagi merekodkan butiran sepanjang kehamilan. Kehamilan puan akan dipantau secara berterusan dan sebarang permasalahan akan ditangani oleh para doktor.
Dalam hal ini, banyak faktor perlu diambil kira dan kami pasti doktor yang memantau keadaan puan adalah lebih arif tentang keadaan puan. Nasihat kami adalah jika berlaku tumpah darah atau kesakitan pada bahagian perut atau rahim, segeralah ke hospital.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.