Sulit
4 tahun
Lendir coklat slps 7hari period
Saya wanita berusia 30tahun dn belum berkahwin. Period pd bulan ni jalan normal mngikut kitaran 28hari dan darah yg keluar pn sprti kebiasaan setiap bulan dan sakit senggugut jga hnya berlaku pada hari pertma period dn tdak teruk.tetapi selepas 7hari period keluar lendir coklat hampir seminggu tetapi tdak melebhi tempoh 15 hari period.apakah masalah yg sedang sy hadapi doc?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lendir berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.