Sulit
3 tahun
Lendir dalam tekak disiang hari
Saya lelaki berumur 31tahun…selepas 4hari berpuasa tekak saya mula ada lendir…tetapi hanya disiang hari…saya seorng yg mempunyai resedung…lendir itu tidak berwarna hanya putih…saya tidak batuk tidak demam mahupun selsema…selepas berbuka lendir itu hilang…
3 tahun
Waalaikumsalam
Sakit tekak boleh selalu disama ertikan dengan frasa ‘sore throat’. Manakala penghasilan kahak adalah daripada paru-paru serta sampai ke kahak dan mulut. Maksudnya, terma sebetulnya ialah batuk berkahak kerana perbuatan ini akan mengeluarkan kahak.
Tekak berkahak merupakan masalah kesihatan yang boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit.
Tekak berkahak boleh disebabkan oleh:
- Resdung
- common cold
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan Tibi
- Bronchiectasis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.