
mizahjamel
2 tahun
Lendir di dalam tekak
saya wanita berumur 20. kenapa dah berapa bulan ni lendir dekat tekak saya masih ada. then dia tak batuk tetapi kahak je yang ada. boleh saya tahu kenapa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- resdung ataupun sinusitis
- tindakbalas terhadap sebarang alahan
- jangkitan kuman dan bakteria
- bronkitis
- masalah paru-paru seperti brochiectasis
- masalah seperti chronic obstructive pulmanory diseases
Oleh kerana terdapat pelbagai sebab dan demi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.