
Sulit
4 tahun
Lendir hijau keluar dari vagina
Saya umur 19 tahun, saya nak tanya sudah lama saya menghadapi masalah lendir hijau dalam 2 tahun . Dia keluar warna hijau. Lepas tu hilang. Tahun ni baru keluar balik lendir hijau bukan itu sahaja malah keluar juga tompok darah bersama lendir yg warna putih jernih. Apa masalah yang saya hadapi ? Adakah ia serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan salur kencing atau kencing kotor ( urinary tract infection )
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Radang kulit
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca mengapa anda mengalami masalah tersebut berdasarkan kenyataan yang diberikan sahaja. Oleh itu kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan khusus dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.