Sulit
5 tahun
Lendir jernih bercampur darah
saya wanita berumur 28 tahun sudah berkahwin 3 tahun, saya perasan ada darah sedikit selama 2-3 hari ketika membuang air kecil,lendir jernih bercampur darah hanya sedikit. perut rasa senak. tetapi bukan setiap masa. period teratur & utk bulan ni dalam 8 hr akan dtg.tolong sy doc. terima kasih byk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan kuman pada saluran kencing
Kecederaan pada alat sulit
Masalah pendarahan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor jika ianya berlarutan, darah semakin banyak atau sakit semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































