
Sulit
3 tahun
Lendir keputihan yang terlalu banyak dan sakit
Saya 17 tahun, saya mempunyai keputihan yang banyak, sometime sakit sangat, warna kuning, gatal…apekah yang patut saya buat?..perlukah saya mengambil ubat sampingan dan berjumpa doctor…

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah keputihan dan kesakitan di bahagian faraj. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- jangkitan kuman seperti bakteria vaginosis
- jangkitan parasit seperti trikomoniasis yang biasa berlaku ekoran seks tanpa perlindungan
- penyakit kelamin
- sostem imunisasi tubuh badan yang lemah
- gangguan hormon
- pengambilan pil perancang keluarga
- diabetes
- radang pelvis
- kanser serviks atau pangkal rahim
Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan