Sulit
5 tahun
Lendir kuning selepas bersalin
Doc, sy dah 23 hari lepas bersalin… Normal… Tp sejak 2 ke 3 hari ni faraj sy mmengeluarkan lendir kuning tetapi tidak berbau… Apakah nnti akan ada masalah ke? Risau…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lendir kuning pada hari ke-23 selepas bersalin adalah perkara biasa. Ia merupakan keluaran dari rahim bernama lochia. Anda cuma perlu risau sekiranya lendiran ini berbau ditambah dengan demam dan sakit abdomen.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































