
ifan.naufal948
2 tahun
Lendir pekat di tekak
Saya seorang wanita berumur 60 thn. Masalah saya apabila tidur, saya akan terjaga kerana lendir yg terkumpul ditekak saya. Saya akan dapat mengeluarkan lendir itu dengan menjolok tekak saya hingga ada terasa nak muntah beberapa kali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doctor. (DoctorOnCall)
Terdapat beberapa penyebab kahak atau lendir berlebihan yang pada hidung dan tekak. Radang pada tekak atau hidung adalah penyebab utama lendir dan kahak dan selalunya keradangan adalah disebabkan oleh:
Jangkitan bakteria atau virus
Allergi
Terdapat object asing di dalam rongga tersebut
Asma
Jangkitan di dalam sinus
Anda juga mungkin mempunyai masalah lain yang mengakibatkan perkara ini. Oleh itu adalah disarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan serta pemeriksaan atau ujian dapat dibuat sekiranya perlu. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian.
Terima kasih.