Sulit
6 tahun
Lendir sya bercampur sedikit darah
Sya baru shja mmbuang air besar, stlah sya mmbasuh sya terasa lendir, bila saya lihat lendir saya bercampur sedikit darah, 3 hari lalu sya suda berjumpa dgn doktor swasta untuk scan kesihatan rahim saya, tapi tiada ketumbuhan atau masalah rahim saya. Kenapa ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, maklumat yang anda berikan tentang gejala yang anda alami adalah kurang jelas. Lendiran tersebut keluar dari bahagian mana? Adakah faraj, dubur atau saluran kencing anda? Anda juga menyatakan anda telah pergi berjumpa doktor untuk scan rahim, apakah ia adalah pemeriksaan sahaja atau anda perlu membuat pemeriksaan disebabkan gejala tertentu?
Kami memerlukan maklumat lebih lanjut untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda alami, oleh itu, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































