
Sulit
4 tahun
Lendiran/cecair coklat keluar dari faraj
Hai doctor, saya nak bertanya mengenai cecair berwarna coklat yang keluar dari faraj selepas saya mengangkat benda2/barang2 berat. Adakah normal? Dan saya telah lewat 2 hari datang bulan, selepas keluar cecair tersebut saya terus memakai pad kerana saya ingatkan darah haid tetapi bila selepas 5 jam cecair berwarna coklat tersebut telah berhenti dan bukan darah haid. sedangkan sekiranya saya datang bulan saya akan mengalami sakit2 dan lenguh di bawah perut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan salam sejahteram terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, cecair coklat seperti yang diberikan oleh anda di dalam ruangan soalan lebih dikenali sebagai spotting. Spotting boleh menjadi normal dan tidak normal, bergantung pada sebab-sebab tertentu.
Antara sebab-sebab mengapa anda mengalami spotting adalah:
- Hamil
- Melakukan aktiviti yang aktif dan berat
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Kanser rahim atau pangkal rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Anda masih risau tentang spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa seseorang boleh mendapat spotting. Anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.