
Sulit
3 tahun
Lengan bengkak lepas vaksin
Pada 25/9/2021 Saya telah divaksin AZ. Sekarang lengan saya bengkak dan pada sekitar kawasan yg dicucuk vaksin timbul bintik² merah…APA perlu Saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami kesan sampingan setelah vaksin Astra Zeneca. Kini anda ingin mengetahui perkara yang perlu anda buat. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, kesan sampingan yang anda alami adalah normal. Namun jika anda bimbang, kami sarankan agar simptom serta perkara ini ditujukan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Sila ke hospital jika simptom anda semakin teruk atau mengalami gejala baharu seperti:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Gatal-gatal atau ruam satu badan
Bagi sebarang maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini