Sulit
3 tahun
Lengan Tangan biji merah
Saya lelaki ingin tanya lengan tangan saya terdapat 1 biji mcm pimple dan brp biji kecil dgn permukaan dia merah dan tengah merah tu ada mcm cair or tgk mcm putih. Bila sentuh rasa sakit sikit. Mohon jelaskan. Saya telah hiv test kit dan adalah negatif… jdi i x tau… i dh sapu ubat fucidin 1 minggu pon x baik lagi. Saya juga ada jumpa dgn org chicken pox pada 2/10 dan sye kena merah2 pada 12/10 ada ker kaitan?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi iaitu biji merah di lengan anda dan anda berasa sakit di tempat itu.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan informasi yang diberikan, kami memerlukan maklumat tambahan seperti berapa lama biji-biji itu sudah ada pada kulit anda, sejarah kesihatan anda, alahan dan ubat-ubatan yang anda ambil jika relevan. Kami tidak boleh membuat apa apa rumusan berdasarkan maklumat yang anda berikan kerana terhad.
Anda juga boleh klik (DoctorOnCall) untuk menghubungi secara peribadi dengan doktor kami.