Sulit
3 tahun
Lengguh bahu belah kiri
Saya umur 27 tahun … Lengguh bahu belah kiri sudah dua hari . Kenapa yee …
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh pada bahu anda boleh disebabkan:
- Postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Pergerakkan berulang oleh bahu akibat aktiviti bersukan dan sebagainya yang menyebabkan ketegangan otot
- Masalah saraf bahu - seperti kecederaan atau keradangan
- Masalah jantung - sekiranya mempunyai diagnosis darah tinggi atau penyakit jantung sebelum ini
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.