
Sulit
3 tahun
Lenguh tangan selepas vaksin dos 2 pfizer
Saya ingin bertanya isteri saya lenguh tangan sebelah kiri hingga kebelakang badan isteri saya mengandung usia 21minggu boleh kah isteri saya makan panadol aktifast untuk menghilangkan rasa sakit

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah isteri anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ibu hamil boleh mengambil ubat tahan sakit paracetamol 500mg seperti yang dibekalkan oleh pusat kesihatan. Paracetamol hingga saat ini dipercayai tidak akan memudaratkan kandungan.
Namun begitu, sebelum isteri anda mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan