
Sulit
5 tahun
Lepas bersalin, period 2hari, pregnant test negatif
Salam sejahtera,
Saya bersalin baby baru 18 April 2019
Saya datang Haid 8 Julai 2019 (haid 2hari)
Sehingga hari ini saya tidak datang Haid.
Saya check pregnancy test Negatif pada tarikh 21 Ogos 2019.
Minta penjelasan?
Sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat dan keputusan kehamilan negatif boleh disebabkan:
- Penyusuan - proses penyusuan akan melindungi anda dari haid dan hamil
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Alat ujian kehamilan rosak
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.