
Sulit
4 tahun
Lepas buang air besar pening kepala
Hi,Ibu saya berumur 53 tahun,sejak umur 48 tahun ibu saya kerap pening kepala.Lepas itu,kalau tidur bantal rendah mudah pusing kepala,Baru-baruni,lepas buang air besar ibu saya pening bahagian dahi ,Buang air besar sahaja pening,Pening tu bahagian dahi lepas tu mata kabur,ibu saya dah cek pakar,doktor pakar kata tiada apa2,cuma tulah lepas buang air besar kerap pening bahagian mata dan senak perut,Saya nak tanya apa harus ibu saya buat adakah tekanan darah rendah atau resdung.

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala. Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan pening kepala, antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.