Anonymous
4 tahun
Lepas dah cuci d hosp swasta akinat keguguran
saya berusia 39thn.baru seminggu cuci,msih ada drh coklat2…blh kah saya mkn ubat ini duphaston balance dr ubat yg doc bg waktu saya bleeding ri tu…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, duphaston adalah sejenis ubat yang biasanya diberikan kepada wanita mengandung yang mungkin berisiko untuk keguguran, telah mengalami keguguran berulang, atau masalah kewanitaan yang lain seperti masalah haid.
Anda harus mengambil preskripsi ubat mengikut arahan doktor. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan pakar puan anda untuk maklumat lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.