
Sulit
4 tahun
Lepas makan pil perancang tapi tak period
saya baru habis makan ubat pil perancang. rasa sakit perut di bahagian ari-ari tapi tak datang period lagi. kenapa ya? apa yang patut saya buat untuk keluarkan period?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancangan boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan menyebabkan anda mengalami haid lewat. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid lewat seperti:
- Tekanan emosi
- Penurunan dan peningkatan berat badan
- Gangguan hormon
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
- Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!