
Anonymous
6 tahun
Lepas period sakit bawah perut dan keluar cecair coklat
Saya wanita bumur 24thun bru brkahwin… Msalah sy lepas period sakit bwh prut dan kluar cecair coklat,sy tkot ada msalah dlman yg serius dan tidak boleh mngdung… Mohon bntu sy…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda baru berkahwin dan merasa risau dengan haid anda. Biasanya kitaran haid boleh berubah disebabkan keletihan, tekanan, masalah hormon dan masalah struktur rahim, ovari atau serviks anda.
Cecair coklat yang keluar mungkin adalah keputihan bercampur lebihan darah haid anda. Keputihan juga boleh menjadi coklat akibat teroksida. Namun keputihan yang banyak, berbau atau abnormal boleh disebabkan oleh jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Maklumat lebih mendalam perlu didapati sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat. Terima kasih.