Sulit
5 tahun
Lewat 18hari period tanda yang saya alami kerap bkencing
saya wanita dalam umur 20an yang berkahwin pada bulan julaii lalu. Saya lewat 18 hari period akan tetapi bila saya cek prgnant test result negatif
tanda yang saya alami kerap kencing. Apa yang patu saya buat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid lewat:
- Kehamilan
- Menyusu badan
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu padat dan aktif
- Tekanan dan stres
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovarian syndrome)
Bagi masalah kerap kencing pula, ini adalah antara sebabnya:
- Jangkitan salur kencing
- Kencing manis
- Penyakit batu karang
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Jangkitan kelamin
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk dibuat pemeriksaan supaya puncanya diketahui dan dapat menerima rawatan yang sepatutnya.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.

























