
Sulit
5 tahun
Lewat ambil postinor dos ke 2
Saya telah mengambil pil postinor dos pertama pd pukul 10.30 mlm…kemudian saya terlupa utk ambil dos ke 2 pd pukul 10.30 pagi keesokkannya…adakah kemungkinan hamil tu ada ye doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan hamil itu masih rendah jika anda dapat mengambil pil yang kedua tidak lama selepas itu. Sekiranya anda langsung tidak mengambil pil yang kedua, kemungkinan untuk hamil adalah sedikit tinggi kerana perlindungan oleh pil postinor 2 tidak dapat dimanfaatkan dengan baik. Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.